Salam Ramadhan,
Siapa suka makan?
Ha..siapa yang tak suka makan kan? Kalau tak suka tu cepat-cepat la hantar ke hospital, takut ada masalah. Semua orang suka makan, tapi sama ada suka makan untuk hidup ke atau hidup untuk makan..renung-renungkan.
Cerita bab makan ni, kat Malaysia yang aman dan berbilang kaum ni. Macam-macam makanan ada. Lagi-lagi bila tiba bulan Ramadhan ni, mesti macam-macam ada kat bazaar Ramadhan. Tapi pilihan ditangan kita sama ada nak beli makanan sihat atau makanan menggemukan. Makanan sihat ni biasanya makanan yang rendah kalori, tapi kalau nak cari kat bazaar Ramadhan tu susah sikit la kan.
Kita disaran kan makan makanan sihat supaya kesihatan kita terjamin dan tidak gemuk. Cuba kita tengok ramai penduduk Malaysia yang obesiti, sebab selalu makan makanan yang menggemukan. Jadi lebih baik kita hindari dari makanan menggemukan ini dari mengubati diri kita kalau dah kena obesiti.
1. Nasi Lemak :
Mengandungi karbohidrat, protien dan lemak yang tinggi tidak termasuk lauk-pauk. Kegemaran rakyat Malaysia ketika sarapan. Satu hidangan lebih kurang 450-500 kalori.
2. Roti Canai :
Kegemaran kedua ketika sarapan. Mudah, cepat dan ringkas. Satu hidangan lebih kurang 300-350 kalori.
3. Mee Goreng :
Kalau pegi kedai Mamak, mee goreng campur telur mata memang kegemaran, tapi dalam satu hidangan lebih kurang 500 kalori. Fuyoo.. banyak tu nak kena bakar balik
4. Nasi Goreng :
Sepinggan nasi goreng lebih kurang 630 kalori, kerana ia digoreng dan dicampurkan dengan bermacam-macam rencah macam ayam, telur, daging dan pak aji.
5. Burger :
Makanan segera yang digemari oleh semua lapisan masyarakat, satu burger mepunyai lebih kurang 400 kalori tidak termasuk mayonis, keju dan sos.
Banyak tak kalori untuk setiap hidangan tu, kalau nak bakar kalori anda kena berlari selama 90 minit. Sanggupkah? Jadi kurangkan pengambilan makanan menggemukan dan bertukar kepada makanan sihat.
Makanan sihat saya, segelas Herbalife Shake (Formula 1 + Formula 3) lebih kurang 180 kalori sahaja.

No comments:
Post a Comment