Salam,
Sapa nak kurus? Sapa nak sihat?
Ha... semua orang nak kurus, tapi kita kena pastikan kita kurus dan sihat dalam juga. Meh saya kongsikan sikit tentang tips kurus.
Tips Kurus 1:
Minum air kosong sebanyak mungkin sekurang-kurangnya 2 Liter. Sebab 70% organ badan kita memerlukan air untuk berfungsi dan meningkatkan kadar metabolisma badan kita. Jadi kalau nak kurus perlu minum air kosong banyak untuk mendapat keputusan yang bagus.
Tips Kurus 2:
Bersahur, kerana kalau kita bersahur ia akan membantu menstabilkan kadar gula dalam darah supaya kita tidak terasa terlalu lapar ketika berbuka. Dan tidak berbuka dengan berlebihan. (Saya sahur dengan Herbalife aje)
Tips Kurus 3:
Berbuka dengan makanan yang rendah kalori dan tidak berlebihan. Bila berada di bazaar Ramadhan tu kena kawal nafsu kerana bulan Ramadhan ni melatih kita mengawal nafsu. (Saya buka dengan Herbalife)
Tips Kurus 4:
Bersenam. Macam mana nak bersenam ketika bulan Ramadhan ni, nanti letih. Ha.. bersenam tu tak semestinya kena berlari, berlompat dan sebagainya. Solat Tarawih 8 rakaat pon dah dikira senaman, sebab kita banyak melakukan pergerakan dalam setiap rakaat tu. Jom Solat Tarawih tiap-tiap malam.
Jom amalkan tips kurus ni sepanjang bulan Ramadhan ni sambil mengambil manfaat di bulan barakah ini. Insya Allah. Nak dapatkan tips kurus lagi hubungi saya SEKARANG.

No comments:
Post a Comment